Monday, February 8, 2010

Sarawak Native

Pengenalan

Bagi masyarakat Bidayuh, adat-adat tertentu perlu dipatuhi semasa sedang mengandung. Adat-adat tersebut bertujuan untuk menjaga kesihatan ibu dan kandungan dan bertujuan untuk mengelakkan daripada berlakunya sebarang bencana. Berikut dipaparkan adat masyarakat Biadayuh berkaitan adat kelahiran secara ringkas.

Sewaktu Mengandung

Semasa mengandung, beberapa pantang larang dan adat tertentu diamalkan. Antaranya ialah adat menawar perut, berpantang dan persiapan menyambut kelahiran.

Upacara Menawar Perut

Apabila si isteri mengandung, satu upacara iaitu menawar perut atau birayang ite akan diadakan untuk menggalakkan anak dalam dalam kandungannya membesar dengan sempurna. Hanya bidan kampung yang berpengalaman dijemput untuk melakukan upacara ini. Selepas sahaja bidan berkenaan membaca mentera, tubuh perempuan mengandung itu dibalut dengan kain untuk menghalau segala keburukan dan kekotoran. Kemudian dia akan mengenakan pakaiannya yang bersih dan berbaring dengan mukanya memandang ke syiling. Pada ketika ini, bidan akan melakukan upacara menawar perut. Dia akan melumuri perut wanita tersebut dengan kunyit, minyak kelapa dan merenjis beras kunyit sambil mengoncangkan tongkat saktinya di atas perut perempuan berkenaan sambil membaca jampi serapah.

Pantang Larang

Semasa mengandung, si isteri serta suaminya dikehendaki mengamalkan pantang larang berikut:

Tidak boleh mencuri, kerana dikhuatiri anak yang bakal lahir itu akan menjadi pencuri.

Tidak boleh memakan daging rusa kerana dikhuatiri anak yang bakal lahir itu akan menjadi gila dan akan menyukarkan proses bersalin.

Tidak boleh keluar pada waktu senja kerana takut disampuk hantu atau umot sanja yang akan mengganggu anak dalam kandungan tersebut.

Tidak dibenarkan bergaul dengan sesiapa saja yang berpenyakit kulit, kerana dikhuatiri akan menjangkiti anak dalam kandungan dan menyebabkannya lahir tidak cukup bulan.

Tidak dibenarkan membuat atau membersihkan parit atau tali air kerana dikhuatiri anak yang bakal lahir menjadi sumbing.

Tidak dibenarkan memaku, mengikat dengan ketat atau menyumbat sebarang lubang, takut anak akan mati semasa dilahirkan.

Tidak dibenarkan mengeringkan kolam, perigi atau sungai kerana dikhuatiri si isteri akan mengalami tumpah darah
.

Tidak boleh melipat balik tikar, lapisan lantai dan sebagainya, kerana takut kedudukan anak di dalam perut songsang dan ini boleh menyulitkan kelahirannya.

Di samping itu terdapat banyak lagi pantang larang yang perlu diamalkan.


Persediaan Menyambut Kelahiran

Apabila si isteri sudah mengandung selama sembilan bulan, si suami perlu memastikan bahawa kayu api yang kering ada secukupnya di rumah untuk membuat unggun api bagi memanaskan badan si isteri semasa dan selepas melahirkan anak. Dia juga perlu mendapatkan halia merah atau halia biasa sekurang-kurangnya 10 kati, dua botol arak beras dan satu botol minyak daripada sejenis buah untuk kegunaan isterinya semasa bersalin nanti. Dia juga perlu membuka semula semua ikatan balutan dan penutup yang telah dibuat untuk mengurangkan sakit semasa hendak bersalin dan mempercepatkan kelahiran.


My View

sebenarnya Pantang larang ketika mengandung ni kebanyakannya lebih kurang sama bagi semua kaum.Saya mempunyai kawan yang kebanyakannya bidayuh,kaum bidayuh ni merupakan kaum yang rapat sesama mereka.Tali persaudaraan mereka sangat kuat..(Walaupun bagi saudara jauh).Tapi pada zaman sekarang pantang larang seperti ini kurang diamalkan.Pengalaman mengandung ni memang agak menakutkan terutamanya bagi yang baru pregnant.salah satu dari pemerhatian saya ketika kawan-kawan saya yang terdiri dari kaum bidayuh ni bila pregnat ialah,mereka sangat menjaga pertuturan mereka.Lagi pandai mengawal kemarahan...kena belajar ilmu kurang marah dari mereka ni sebab kalau sayalah yang pregnant memang kuat marah.Yang ni saya observe ketika kakak ipar saya pregnant.Memang penyabarlah orangnya.Pantang larang masih diamalkan tetapi semakin pudar.mungkin kerana zaman telah berubah..Tapi kaum ni tak pernah lupa pada budaya mereka.Berkawan dengan mereka juga menyeronokkan sebab mereka suka menunjukkan budaya mereka dengan kita..Tambahan lagi mereka pandai mengawal kemarahan ketika pregnant.Tu lagi sronok..hehe..Beruntunglah suami yea...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...